Tenis - Serena lenyap impian Cirstea

 Cirstea gagal memberi saingan yang menyaksikan dia tewas mudah kepada Serena (gambar kecil), kelmarin. Cirstea gagal memberi saingan yang menyaksikan dia tewas mudah kepada Serena (gambar kecil), kelmarin.
Jumpa Vandeweghe final gelanggang permukaan keras

Stanford (California): Pilihan utama dan juara bertahan, Serena Williams memusnahkan impian Sorana Cirstea 6-1, 6-2 pada pertarungan sejam kejohanan gelanggang permukaan keras Stanford, kelmarin untuk layak ke final kedua berturut-turut buat dirinya. Pertemuan final antara dua pemain Amerika Syarikat di laman sendiri sejak 2004 itu akan menemukan Serena dengan pemain California, Coco Vandeweghe yang menewaskan pilihan kelima, Yanina Wickmayer 6-2, 3-6, 6-2 untuk mara ke final WTA buat kali pertama.
Vandeweghe yang beraksi dalam undian utama selepas beberapa pemain menarik diri, menewaskan bekas pemain nombor satu dunia, Jelena Jankovic pada pusingan pertama.

Serena, 30, kini hampir pasti untuk menyertai pencapaian kakaknya, Venus dengan 43 kejayaan meraih piala andai dia bergelar juara pada pertembungan dengan lawannya yang berada di ranking ke-120 dunia itu.

“Minggu yang pelik,” kata juara Grand Slam 14 kali itu. “Saya rasa seperti hampir separuh daripadanya saya tidak berada di sini... tetapi begitulah. Ahad dan satu lagi final.”

Menurut Jelajah WTA, Vandeweghe, 21, yang dilatih sendiri oleh ibunya minggu ini, bakal menganjak ke sekitar ranking ke-75 berdasarkan prestasi yang ditonjolkannya di kejohanan itu. AFP

0 comments:

Post a Comment