EPL pilih Asia - Malaysia


HONG KONG: Kelab Liga Perdana termasuk Arsenal, Manchester City dan Manchester United menjelajah Asia bulan ini dengan harapan meraih keuntungan berikutan minat mendalam terhadap bola sepak Inggeris di rantau itu.
QPR dan Sunderland turut menuju ke Timur, bermakna satu perempat daripada kelab Liga Perdana akan mempersiapkan diri menghadapi musim baru di benua lain dengan cuaca panas menjadi cabaran utama.

Meskipun pengurusan kelab enggan membuat pengakuan, kunjungan ke China, Hong Kong, Indonesia, Malaysia dan Korea Selatan bukannya mengenai bola sepak dan lebih kepada penjenamaan di pasaran Asia yang lumayan.
Ia jauh berbeza dengan pramusim dekad lalu apabila pasukan akan membuat persediaan musim baru dengan menghabiskan beberapa hari di kawasan percutian tepi pantai Inggeris.

United yang disingkirkan pencabar setempat City sebagai juara Liga Perdana musim lalu, memulakan tanda aras dengan menarik minat penyokong asing dan mendakwa mempunyai 325 juta penyokong di Asia.

Anak buah Alex Ferguson bermain menentang kelab Didier Drogba, Shanghai Shenhua pada 25 Julai sebagai sebahagian daripada persiapan pramusim yang menyaksikan mereka bermula di Afrika Selatan diikuti China, Norway, Sweden dan Jerman.

Namun jika United memulakan arah aliran itu, ada tanda pasukan lain turut menuruti dengan kapten kelab jiran setempat mereka City, Vincent Kompany berkata, kelab itu mempunyai strategi jangka panjang.

“Bukanlah kami memaksa setiap orang mesti menjadi penyokong City,” kata pemain antarabangsa Belgium itu yang ke Kuala Lumpur bulan lalu, dengan penyandang juara Liga Perdana itu berdepan pasukan Pilihan Malaysia pada 30 Julai ini.
“Kami mahu membuktikan kami kelab yang lebih bagus dan harapnya muncul kelab terbaik dunia dalam tempoh 10 tahun lagi.” kata pemain pertahanan itu.

City turut berdepan Arsenal di Beijing tiga hari sebelum itu. Kelab London itu turut berkunjung ke Malaysia dan juga beraksi di Hong Kong.

Lebih 45,000 tiket sudah dijual bagi perlawanan membabitkan Arsenal dan 50,000 bagi City. Kedua-dua perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, dengan tiket bernilai antara RM58 dan RM388. - AFP

0 comments:

Post a Comment