Saya boleh terima tekanan - Kagawa


Shinji Kagawa (kiri) dan Alex Ferguson ketika menghadiri sidang media di Old Trafford.
Shinji Kagawa yakin dia memiliki kekuatan mental untuk menjadi pemain Jepun pertama yang menyertai kelab Manchester United.  Kagawa yang mengadiri majlis sidang media pertamanya bersama United di Old Trafford mengakui menjadi perhatian media seluruh dunia, namun dia tidak melihat perkara itu sebagai masalah.
"Saya mendapati saya telah menarik perhatian dunia apabila menyertai skuad hebat seperti Manchester United.
"Segala-galanya ada di sini dan saya rasakan ini dalah penghijrahan yang besar. Tetapi saya rasa saya boleh menguruskan tekanan ini. Saya yakin boleh menyesuaikan diri dengan gaya Liga Perdana Inggeris," kata Kagawa yang turut berikrar mahu mempelajari bahasa inggeris secepat mungkin.
Pemain tengah itu mengikat kontrak empat tahun bersama united selepas berpindah dari Borussia Dortmund dengan yuran perpindahan sebanyak 17 juta pound (RM84 juta).
Kagawa akan turut menyertai United dalam jalajah pra-musim yang mana mereka akan berkunjung ke Durban pada Ahad ini bagi beraksi pertama daripada dua perlawanan di Afrika Selatan.

0 comments:

Post a Comment