Harapan besar giggs


LONDON: Ryan Giggs mahu pasukan bola sepak Great Britain diteruskan selepas Sukan Olimpik 2012 di London.
Temasya Olimpik kali ini menyaksikan pasukan Britain bersaing pada temasya itu buat kali pertama sejak 1960 namun selepas pegawai dari Scotland, Wales dan Ireland Utara membantah bahawa status mereka sebagai negara bola sepak yang bebas akan dinafikan dengan kewujudan pasukan itu.

Pemain terkenal Manchester United, Giggs dinamakan sebagai kapten pasukan oleh pengurus pasukan, Stuart Pearce yang juga bekas pertahanan England.
Pemain Wales itu akan bersaing pada kejohanan antarabangsa utama dalam karier gemilangnya dengan penampilan terakhir Wales di pentas bola sepak global adalah pada Piala Dunia 1958.

Giggs salah seorang daripada lima pemain Wales yang tersenarai selain penyerang Liverpool, Craig Bellamy dalam senarai 18 pemain yang menampilkan 13 pemain England, berkata: “ Saya berharap bukan untuk temasya ini saja, berdasarkan kepada pengalaman yang saya alami dan saya menikmatinya minggu ini, saya harap Olimpik selepas ini akan ada lagi pasukan Great Britain.

“Saya serta Craig dari Wales dan kami berbangga namun untuk saya ia adalah peluang yang tidak boleh saya tolak, beraksi di temasya sukan terbesar dunia,” kata pemain berusia 38 tahun itu.

“Saya gembira dengan apa yang sudah lakukannya kerana semuanya berjalan lancar dan semoga ia berterusan.

“Saya tidak mempunyai apa-apa selain maklum balas positif daripada individu yang saya kenali, mengharapkan saya melakukan yang terbaik.
“Persatuan Bola Sepak (FA) mungkin menentang namun mereka yang saya temui tidak mempunyai maklum balas yang lain selain positif.

“Saya bukan ahli politik, namun berdasarkan apa yang saya alami, saya harap rakan bola sepak di Britain mampu mendapat pengalaman seperti saya.” - AFP

0 comments:

Post a Comment