|
Lee Chong Wei menjadi sandaran negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama di Sukan Olimpik London.
|
"Latihan selama 12 hari itu penting kepada saya dan rakan sepasukan kerana ia merupakan tempoh genting untuk saya pulih daripada kecederaan (buku lali) serta persiapan menghadapi lawan pada Olimpik nanti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum bertolak ke London bagi menghadapi temasya sukan tersebut.
Selain Chong Wei, turut serta bertolak ke London ialah lima lagi pemain iaitu beregu lelaki Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong, beregu campuran Chan Peng Soon/Goh Liu Ying, perseorangan wanita Tee Jing Yi dan beberapa pegawai Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).
Chong Wei, 29, berkata latihan tersebut juga merupakan medan terbaik untuk skuad negara mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal mereka sebelum menghadapi temasya sukan tersebut.
"Saya lihat latihan ini bagus untuk skuad negara kerana kita hanya fokus kepada latihan.... tiada gangguan daripada mana-mana pihak, jadi ia baik untuk kami," katanya.
Beliau turut mengulangi janji beliau untuk memberikan persembahan terbaik pada temasya sukan tersebut sebelum bersara dari arena badminton dunia pada 2014.
"Saya harap, saya boleh memberi persembahan terbaik bersama rakan sepasukan sebelum bersara... saya harap rakyat di negara kita serta yang berada di London memberikan sokongan padu kepada kami ketika beraksi nanti," katanya yang akan membuat penampilan terakhir di Olimpik selepas edisi 2004 di Athens, Greece 2004 dan Beijing, China 2008.
Bath University terletak di Somerset, 156km dari kota London.
|
Shinji Kagawa (kiri) dan Alex Ferguson ketika menghadiri sidang media di Old Trafford.
|
"Saya mendapati saya telah menarik perhatian dunia apabila menyertai skuad hebat seperti Manchester United.
"Segala-galanya ada di sini dan saya rasakan ini dalah penghijrahan yang besar. Tetapi saya rasa saya boleh menguruskan tekanan ini. Saya yakin boleh menyesuaikan diri dengan gaya Liga Perdana Inggeris," kata Kagawa yang turut berikrar mahu mempelajari bahasa inggeris secepat mungkin.
Pemain tengah itu mengikat kontrak empat tahun bersama united selepas berpindah dari Borussia Dortmund dengan yuran perpindahan sebanyak 17 juta pound (RM84 juta).
Kagawa akan turut menyertai United dalam jalajah pra-musim yang mana mereka akan berkunjung ke Durban pada Ahad ini bagi beraksi pertama daripada dua perlawanan di Afrika Selatan.
DROGBA mempamerkan jersi yang akan digunakannya semasa beraksi bersama Shanghai Shenhua nanti.
LONDON - Bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba menegaskan bahawa keputusannya untuk berhijrah ke kelab China, Shanghai Shen- hua bukan disebabkan habuan yang lumayan.
Sebaliknya, penyerang Ivory Coast itu menjelaskan bahawa dia mahu membantu mengembangkan lagi potensi yang ada dalam arena bola sepak China untuk diketengahkan ke pentas dunia.
Drogba yang menandatangani kontrak selama dua setengah tahun bersama kelab China itu akan menerima gaji sebanyak £200,000 (RM991,786) seminggu.
"Apabila presiden kelab ini (Shanghai Shenhua) mengemukakan tawaran, saya melihatnya sebagai satu projek.
"Ini kerana, ia memberi peluang kepada saya untuk membantu membangunkan sukan bola sepak di China.
"Jika mahu bercerita soal gaji lumayan, saya boleh mendapatkannya dengan mudah bersama kelab-kelab gergasi di Eropah.
"Secara jujurnya, saya tidak ke sini (China) semata- mata hanya kerana duit. Sebaliknya, saya melihat ia sebagai cabaran baharu dan berbeza buat saya.
"Saya tidak akan mendapatnya jika saya terus kekal beraksi di Eropah. Ini merupakan cabaran paling besar sepanjang karier saya," kata Drogba.
Drogba akan kembali berganding dengan bekas rakan sepasukannya di Chelsea, Nicolas Anelka yang telah berhijrah ke Shanghai Shenhua sejak musim lalu lagi.
- Agensi
kepada peminat-peminat Thiago silva, sekarang thiago silva bermain untuk PSG...
copy by:http://www.bharian.com.my
Paris: Paris Saint Germain yang berazam meraih kejuaraan Perancis
pertama buat mereka dalam tempoh 19 tahun musim ini, kelmarin
memuktamadkan ketibaan pertahanan antarabangsa Brazil, Thiago Silva
(atas) dari AC Milan.
Thiago Silva, 27, menandatangani kontrak lima tahun, kata PSG tanpa mendedahkan jumlah yuran perpindahan pemain terbabit. Pemain itu kini berada di negara kelahirannya kerana melakukan persiapan untuk tampil di Olimpik London.
PSG, naib juara musim lalu di belakang Montpellier dalam Liga Perancis, juga mensasarkan untuk mendapatkan penyerang AC Milan dari Sweden, Zlatan Ibrahimovic.
“Setakat ini, belum ada dokumen yang ditandatangani - kami masih berusaha dan apabila segala-galanya diselesaikan, kami akan mengadakan sidang akhbar,” kata ejen Ibrahimovic, Nino Raiola. - AFP
Thiago Silva, 27, menandatangani kontrak lima tahun, kata PSG tanpa mendedahkan jumlah yuran perpindahan pemain terbabit. Pemain itu kini berada di negara kelahirannya kerana melakukan persiapan untuk tampil di Olimpik London.
PSG, naib juara musim lalu di belakang Montpellier dalam Liga Perancis, juga mensasarkan untuk mendapatkan penyerang AC Milan dari Sweden, Zlatan Ibrahimovic.
“Setakat ini, belum ada dokumen yang ditandatangani - kami masih berusaha dan apabila segala-galanya diselesaikan, kami akan mengadakan sidang akhbar,” kata ejen Ibrahimovic, Nino Raiola. - AFP
Stanford (California): Pilihan utama dan juara bertahan, Serena Williams memusnahkan impian Sorana Cirstea 6-1, 6-2 pada pertarungan sejam kejohanan gelanggang permukaan keras Stanford, kelmarin untuk layak ke final kedua berturut-turut buat dirinya.
Vandeweghe yang beraksi dalam undian utama selepas beberapa pemain menarik diri, menewaskan bekas pemain nombor satu dunia, Jelena Jankovic pada pusingan pertama.
Serena, 30, kini hampir pasti untuk menyertai pencapaian kakaknya, Venus dengan 43 kejayaan meraih piala andai dia bergelar juara pada pertembungan dengan lawannya yang berada di ranking ke-120 dunia itu.
“Minggu yang pelik,” kata juara Grand Slam 14 kali itu. “Saya rasa seperti hampir separuh daripadanya saya tidak berada di sini... tetapi begitulah. Ahad dan satu lagi final.”
Menurut Jelajah WTA, Vandeweghe, 21, yang dilatih sendiri oleh ibunya minggu ini, bakal menganjak ke sekitar ranking ke-75 berdasarkan prestasi yang ditonjolkannya di kejohanan itu. AFP
PEMAIN-pemain Kelantan meraikan
kejayaan menjuarai Liga Super 2012 selepas membelasah Perak 6-0 di
Stadium Muhammad IV, Kota Bharu semalam. - MINGGUAN/ Aizzul A. Majid
Kemenangan tersebut membolehkan skuad Red Warriors menjuarai kejohanan musim ini, meskipun saingan masih berbaki dua perlawanan selepas mengumpul 57 mata setakat ini. Pencabar terdekat mereka, Lions XII sekadar mengutip 50 mata.
Beraksi di gelanggang sendiri dengan sokongan padu 20,000 penyokong mereka, tuan rumah beraksi garang dengan ledakan lima gol pada separuh masa pertama.
Gol pertama Kelantan berjaya dijaringkan Indra Putra Mahyuddin pada minit ke 16 sebelum Mohd. Ghaddar menambah derita pelawat dua minit ke 18. Selang empat minit kemudian gawang Perak bocor lagi melalui rembatan leret ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badri Radzi.
Indra Putra berjaya menjaringkan gol keduanya pada mnit ke 29 sebelum Nurul Azwan Roya menyumbat gol kelima Kelantan pada minit ke 39. Kapten Perak, Shahrul Nizam Mustapha yang gagal mengawal emosi dilayangkan kad merah pada minit ke 45 oleh pengadil perlawanan, Rahmat Jantan selepas dia mengkasari Mohd. Ghaddar.
Skrip sama kekal sebaik wisel separuh masa kedua ditiup yang menyaksikan Indra Putra berjaya mencipta hatrik dengan jaringan gol pada minit ke 48. Meskipun bermain dengan 10 orang, Perak berjaya mengelak gawang mereka daripada dibolosi lebih banyak gol pada separuh masa kedua.
Kemasukan penjaga gol simpanan mereka, Kamarul Efendi ternyata memberi kesan positif apabila dia berjaya menggagalkan beberapa percubaan pemain Kelantan. Kekalahan tersebut mengekalkan kedudukan Perak di tangga ketiga liga dengan pungutan 39 mata.

