Kelantan juara berganda, kekalkan kekebalannya pada tahun ini, tahniah kelantan...
KOTA BHARU 7 Julai - Kelantan berjaya mempertahankan kejuaraan Liga
Super dengan penuh bergaya selepas membelasah Perak 6-0 di Stadium
Sultan Muhammad IV.
Kemenangan tersebut membolehkan skuad Red Warriors menjuarai
kejohanan musim ini, meskipun saingan masih berbaki dua perlawanan
selepas mengumpul 57 mata setakat ini.
Pencabar terdekat mereka, Lions XII sekadar mengutip 50 mata.
Alonso raih petak utama GP Britain
SILVERSTONE 7 Julai - Fernando Alonso akan memulakan Grand Prix
Britain di petak utama apabila pemandu Ferrari itu berjaya mencatat masa
terpantas dalam kelayakan ujian masa, manakala petak kedua milik Mark
Webber dari Red Bull.
Ia adalah petak pertama Alonso sejak kali terakhir melakukannya pada Grand Prix Singapura 2010.
akhirnya Serena williams menjuarai Grand slam ke 14
LONDON 8 Julai - Pemain tenis Amerika Syarikat, Serena Williams
menewaskan Agnieszka Radwanska 6-1, 5-7, 6-2 untuk meraih gelaran
Wimbledon kelimanya dan meraih kejuaraan Grand Slam ke-14. - REUTERS
MONTREAL: Salah seorang pertahanan pasukan Itali yang pernah memenangi Piala Dunia, Alessandro Nesta sudah menandatangani kontrak 18 bulan bersama Montreal Impact di Utara Amerika dalam saingan Major League Soccer.
“Saya sangat gembira untuk berada di sini,” kata pemain berusia 36 tahun itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelab itu kelmarin. “Walaupun mendapat beberapa tawaran untuk meneruskan karier di Eropah. Saya bersedia untuk menghadapi cabaran baru dan mahu beraksi dalam MSL.” Nesta meninggalkan AC Milan penghujung musim lalu selepas meraih 10 trofi bersama Rossoneri. Dia memenangi dua gelaran Liga Juara-Juara dan Serie A bersama Milan selepas meninggalkan Lazio pada 2002 dan dianggap antara pemain pertahanan terbaik negara itu.
Dia beraksi 78 kali untuk Itali dan menjulang Piala Dunia pada 2006 selepas meraih kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti ke atas Perancis.
Nesta akan menyertai bekas rakan sepasukan di Lazio, Marco Di Vaio untuk bersama-sama dengan kelab yang sedang bergelut itu yang kini berada di tempat kelapan dalam 10 pasukan yang bersaing dalam Eastern Conference apabila sekadar mencatatkan lima kemenangan selepas mengharungi 19 perlawanan.
“Ketika melawat kawan saya, Marco beraksi perlawanan pertamanya dengan Montreal, saya bertemu individu yang hebat di kelab ini. Saya sangat sukakan apa yang saya lihat dan yakin Montreal adalah tempat di mana saya mahu berada,” kata Nesta.
Jurulatih Impact, Jesse Marsch terdesak untuk menurunkan pemain pertahanan itu bagi membantu kelab itu daripada terus terperosok.
“Ia adalah peluang yang hebat untuk kelab kami menambah seorang pemain pertahanan yang berbakat. Kami sangat teruja untuk meletakkannya dalam kesebelasan kerana dia akan membantu kami lebih baik di setiap peringkat,” kata Marsch. -Reuters.
Oleh Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my
Datuk Azzuddin Ahmad
PINTU buat skuad negara untuk beraksi di pusingan akhir Kejohanan Piala Asia Bawah 22 Tahun (B-22) tahun depan sudah tertutup selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan tidak mahu membuat bantahan rasmi ke atas Myanmar yang disyaki menggunakan pemain lebih umur pada saingan kelayakan Kumpulan G di Yangon baru-baru ini.
Keputusan FAM untuk tidak menghantar laporan lengkap surat bantahan dalam tempoh 48 jam selepas tamat perlawanan Malaysia dan Myanmar Selasa lalu itu dibuat atas alasan, bukti yang diperoleh tidak cukup bagi membolehkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) membuat siasatan.
Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, keputusan dibuat selepas merujuk kepada badan induk bola sepak Asia itu yang hanya memperakui dokumen rasmi kad pengenalan diri atau pasport semasa pendaftaran dan bukannya berasaskan kepada laporan media dan laman web lain yang boleh digodam.
“Saya mengesahkan pasukan Malaysia ada menghantar surat bantahan awal selepas perlawanan dengan Myanmar di Yangon. Namun FAM membuat keputusan tidak mahu membuat bantahan susulan dan keputusan ini sudah dimaklumkan kepada Presiden, Sultan Ahmad Shah pagi tadi (semalam).
“FAM sudah membuat siasatan secara terperinci dan kami terima data-data dari pelbagai sumber termasuk AFC. FAM tidak mempunyai bukti kukuh untuk menyokong kes ini dan perlu berhati-hati agar perkara ini tidak memberi implikasi tidak baik kepada imej FAM dan hubungan Malaysia dengan negara Asean,” katanya pada sidang media khas semalam.
Tanpa bantahan, slot pasukan kedua terbaik sah milik Myanmar yang akan mengiringi juara Kumpulan G Korea Selatan ke pusingan akhir Piala Asia B-22 tahun depan.
Malah Malaysia juga tidak berpeluang untuk beraksi sebagai tuan rumah kejohanan itu memandangkan Oman dan Thailand sudah membuat bidaan sebelum bidaan itu ditutup.
Isu pemain lebih umur Myanmar timbul apabila pasukan tuan rumah itu didakwa menurunkan Kyaw Zayar Win, Kyi Lin dan penjaring dua gol ketika menewaskan Malaysia 2-1, Kaung Si Thu.
Hasil siasatan kepada dokumen pendaftaran pemain itu mengesahkan ketiga-tiga pemain berkenaan masih berusia bawah 22 tahun termasuk kapten, Zayar Win yang sebenarnya mempunyai nama sama dengan pemain lebih tua.
“Kami hanya boleh menggunakan dokumen rasmi yang dihantar oleh kerajaan Myanmar kepada AFC dan bukan menjadi amalan AFC atau FAM untuk mempersoalkan kesahihan dokumen yang dikeluarkan kerajaan Myanmar atau mana-mana kerajaan sekalipun.
Ketika ditanya mengenai laporan terbaru ESPNSTAR.com semalam mengenai dakwaan Zayar Win sudah berusia 24 tahun berdasarkan maklumat senarai kesebelasan pemain dalam perlawanan Kanbawza menentang Loyola Meralco Sparks pada suku akhir Piala Singapura, Azzuddin berkata: “Saya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu, itu sesuatu yang baru.”
Menurut laporan itu, jurulatih Kanbawza mengakui Zayar Win adalah kapten pasukan Myanmar B-22.
Oleh Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my
DI SEBALIK kegagalan Malaysia meraih slot ke pusingan akhir Kejohanan Piala Asia Bawah 22 Tahun (B-22) tahun depan, ada perkhabaran gembira buat pemain muda negara, Rozaimi Abd Rahman yang mendapat tawaran rasmi untuk menyertai kelab Liga Perdana Thailand, BEC Tero Sasana.
Ternyata aksi Rozaimi, 19, penjaring terbanyak dengan ledakan 10 gol pada kempen kelayakan kejohanan itu di Yangon Myanmar baru-baru ini memikat BEC Tero Sasana yang berjaya menjadi naib juara Liga Juara-Juara Asia 2002. Menurut sumber yang menerima surat tawaran rasmi dari BEC Tero Sasana pada 26 Jun lalu itu berkata, Rozaimi ditawarkan untuk menjalani ujian percubaan selama sebulan sebelum mendapat kontrak tetap.
“Kami menerima surat tawaran rasmi BEC Tero Sasana yang begitu berminat dengan Rozaimi apabila mereka melihat aksinya pada pusingan kelayakan Piala Asia di Yangon.
“Mereka sanggup menanggung semua kos dan elaun sepanjang Rozaimi menjalani ujian percubaan dengan kelab itu. Bagi saya ujian percubaan itu hanyalah prosedur biasa yang perlu dilalui Rozaimi kerana secara dasarnya kelab itu memang mahu mengambil dia sebagai pemain tetap.
“Bagi saya ini peluang terbaik buat Rozaimi kerana jarang pemain mendapat tawaran bermain di Thailand. Biarpun hanya di Thailand tapi kita semua tahu liga mereka berada di ranking lebih baik berbanding Malaysia dan kelab BEC Tero Sasana ini adalah kelab profesional yang mempunyai reputasi baik di sana,” katanya kepada Arena Metro semalam.
Menurutnya, beliau sudah menghantar salinan surat tawaran ini kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membantu membuat rundingan dengan majikan Rozaimi, Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa).
“Kami sudah menghubungi FAM Jumaat lalu untuk meminta bantuan bagi menjalankan rundingan dengan Safa. Kebetulan ketika itu Rozaimi sedang bersama skuad negara, jadi kami menghubungi FAM tapi sehingga kini kami masih belum mendapat sebarang maklum balas. Bagi pihak BEC Tero Sasana, kalau boleh mereka mahu Rozaimi menjalani ujian itu secepat mungkin,” katanya.
Rozaimi yang dipanggil oleh jurulatih Ong Kim Swee mencipta sensasi di Yangon dengan menjaringkan empat gol ketika Malaysia membenam Filipina 7-0 dan dua gol ketika menewaskan Taiwan 4-2. Pemain tengah menyerang kelahiran Bongawan, Sabah itu kemudian meledak hatrik untuk menumpaskan Vietnam 3-0 namun gagal membantu Malaysia meraih slot ke pusingan akhir biarpun menjaringkan satu gol ketika tumpas 1-2 di tangan Myanmar.
Peningkatan mendadak Rozaimi itu membuatkan dia dikatakan bakal mengikut jejak langkah rakan sepasukan ke Portugal, Muhamad Nazmi Faiz Mansor. BEC Tero Sasana kelab yang dibimbing jurulatih Inggeris, Andrew Ord kini menduduki tangga ketiga liga.
Sesiapa yang tidak sempat menonton perlawanan akhir antara Italy vs spain final euro 2012 boleh menonton secara online. jangan menangis dan jangan sedih, saya sediakan link streaming untuk anda? sebelum itu negara manakah antara italy vs spain akan menang?? komen anda sangat bermakna.
Link streaming ada di bawah... klik di bawah ya...